SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERFUME.....

 

 

 

 

Istilah Perfumes yang digunakan pada masa kini membawa maksud campuran aroma bauan, bahan fixative dan solvent bagi menghasilkan wangian yang menyegarkan.Ia merupakan seni menghasilkan bauan yang berasal dari perkataan Latin “Per fumus” bererti melalui asap.

 

Perfumes telah digunakan sejak sekian lama dulu oleh masyarakat Roman, Parsi dan Arab.

 

GRED / KATOGERI PERFUME

Secara umum minyak wangi yang digunakan oleh orang ramai pada masa kini dikategorikan kepada 4 gred atau kategori

 

1.    Soie de Parfum (SDP) mengandungi 15% - 40% pati minyak wangi

 

2.    Eau de parfum (EDP) mengandungi 10% - 15% pati minyak wangi

 

3.    Eau de toilette (EDT) mengandungi 7% - 10% pati minyak wangi 

 

4.   Eau de cologne (EDC) mengandungi 2% - 7% pati minyak wangi

 


BAGAIMANA PERFUME DIHASILKAN

Secara umum perfume dihasilkan dengan mengadun beberapa pati pewangi mengikut rahsia note pengadun. Selalunya terdapat 3 note dalam penghasilan perfume iaitu Base, Medium dan Top. Setiap note yang diadun akan menghasilkan haruman dan jangkamasa ketahanan bauan tersebut. Jenis dan kuantiti pati pewangi yang berbeza digunakan untuk menghasilkan hasil perfume yang berbeza untuk kegunaan lelaki, wanita atau unisex.

 

Pati pewangi yang selalu digunakan sama ada pati semula jadi atau pati sintetik. Selain dari campuran kuantiti pati pewangi, bahan-bahan lain turut digunakan seperti fixative, alkohol, pewarna dan lilin dalam menghasilan produk mengikut gred.

 

Antara produk pewangi masa kini terdapat dalam bentuk semburan halus, roll-on atau calit. Jangkamasa ketahanan wangian bergantung kepada gred perfume yang dihasilkan.

 


PERFUME DI PASARAN

Terdapat banyak pewangi badan di pasaran dengan perlbagai jenama. Ada yang berjenama antarabangsa dan berjenama tempatan.

 

Jenama terkenal antarabangsa selalunya menawarkan haruman ciptaan original pencipta bauan tersebut. Haruman mereka tidak terdapat di produk pesaing mereka. Manakala  jenama tempatan ada yang menghasilkan haruman original dan ada yang mengeluarkan haruman inspirasi siap bancuh (tiruan bauan produk original)

>KLik untuk melihat pati minyak wangi siap bancuh yang di inspirasi dari jenama terkenal

Jadi tidak hairanlah terdapat banyak haruman inspirasi dijual di bawah jenama tempatan yang berbeza dengan harga dan kuantiti yang yang berbeza.


 

PANDANGAN AGAMAWAN TENTANG MEMAKAI PERFUME….

  Hukum ‘Perfume’ Beralkohol  -  Dr Zaharudin Abd Rahman

  Hukum Memakai Wangian – JAKIM

  Hukum memakai Minyak Wangi Beralkohol - JAIS.

  Hukum Wanita Memakai Wangian - Al Hadis